Pages

SIPUT COOKIES (PERNIAGAAN ONLINE)

Alhamdulillah dalam diam diam dan 6 bulan berniaga online dan vendor ni,
Syukur sangat kepada Allah yang memberi jalan dan gerak hati.

Sebenarnya benarnya mula berniaga ni masa tingkatan 3, jual ROTI BOYAN,
alah batch 93 SMK SRI RAHMAT yang tak kenal roti boyan aku tu boleh kira dengan jari,
sehari kadang kadang smpai cecah 100 keping roti boyan,

kemudian bisnes roti boyan tu lanjutan smpai la tingkatan 4, tingkatan 5 stop sebab nak SPM,
walhal masa tu pon ramai lagi tanya tak buat roti boyan da ke,

then da habis sekolah sambung belajar, tak adalah nak berbisnes ni kan,
tapi tak berakhir kat situ je,
duduk dengan paklong maklong,
tolong maklong jual kek kukus dia,
then bincang bisnes dengan kak ngah, buat brooch pin tudung bunga dari kain perca.

Alhamdulillah jual dekat kawan kawan kolej pon sentiasa mendapat pulangan,
thank you Miss Anita kaunselor yang banyak jadi tukang support jualan,

Habis pasal kolej, praktikal, jual mask muka, kosmetik pulak, Alhamdulillah okay juga,
tapi sentriasa je nak cari pembaharuan, beli kain ela banyak banyak, yang plain jahit shawl.
tak tahu mana dapat seni menjahit, jadi pulak hah shawlnye,
pon buat jual, tapi biasalah buat shawl ni nak kena ada model orang,
al kisah kita tak reti berposing, habis batch jualan tak update da, terus closing.

kemudian try buat kuih siput,
kuih siput tak mula dengan online, mula dengan vendor di Aimyra Closet taman teratai skudai,
Alhamdulillah sentiasa ada sale, lepas 3 bulan vendor di aimyra, aku kembangkan pula vendor di kamishare taman Universiti skudai, Alhamdulillah da masuk 2bulan,

Jadi ceritanya rezeki itu sentiasa ada kalau kita berserah pada Allah di sambing usaha,
cepat atau lambat je untuk kita berjaya,

www.instagram.com/siputcookies

jadi korang yang mana nak beli secara online boleh la click link atas tu untuk membeli ye,
kita jual murah murah je,

terima kasih kepada semua yang sentiasa memberi sokongan, terutama sekali ibu yang banyak membantu.

Followers