Takdir,
ye mungkin kita tidak tahu masa hadapan kita.
kita tidak tahu takdir kita,
kita tidak tahu siapa akan dtang masa hadapan kita,
siapa di sisi kita akan datang.
tapi kenapa?
kenapa?
kenapa takdir mengatur kita untuk bersama kemudian masing masing pergi?
kenapa mesti ada yang datang dan kemudia pergi?
Pilu,
kita tahu takdir begitu,
tapi kenapa kita memilih untuk begitu,
kenapa kita tidak cuba untuk bertahan dengan takdir itu?
Kejam,
kenapa kau sekejam itu,
menyerah pada takdir,
berharap masih ada takdir antara kita?
kenapa kejam kau tidak sehingga akhir hayat kau,
berharap tiada langsung untuk kita.
Ajaib,
Orang yang dahulu kita anggap takdir,
kini aku berdoa untuk berhentikan takdir itu,
orang yang dulu aku doa agar jodoh,
kini aku doa cukuplah jodoh setakat itu,
orang yang dulu aku doa satu kan dengan hati aku,
kini aku doa jauhkan ia dari hatiku,
orang yang dulu aku doa tabah mengharugi bersama,
kini aku doa tabahkan aku dengan apa perilakunya.
Ego,
kalau dulu aku menjatuhkan ego kerananya.
kini aku bina ego kerananya juga.
kalau dulu aku mendoakan untuk bersama,
kini aku hanya mendoakan diri aku sahaja.
Perit,
Ya sungguh perit untuk melalui semua ini,
Jadi setiap kali tangan ini di tadah,
permulaan doa ku adalah doa menabahkan hati meneruskan doa.
kerana doa seterunya aku adalah untuk menutup segala hati, fikira, jodoh, takdir antara kita.
Bodoh,
Dulu yang aku percaya,
Kini menambah kebodohan aku.
Terima Kasih,
Aku tidak mempersalahkan engkau dari segala hal.
Tapi aku mengucapkan terima kasih kerana karma akan memberi kau pengajaran dengan apa yang telah aku lalui.
Tahulah dunia ini terlalu adil,
Allah ini sungguh adil,
dalam ia menyusun takdir ia juga menyusun karma.
Maka terima kasih Muhammad Asyraf Abdul Latiff dari segala Hal.