Jenaka.
Ya sebuah cerita, cara, percakapan, keletah yang biasa mengukir senyuman.
Mungkin juga mengalunkan suara tawa yang tiada henti.
Sebetulnya juga boleh bermain di fikiran selagi ia bisa mengelikan hati.
Mungkin sukar memperlihatkan orang ketawa.
Lalu terus mengingati kita.
Tapi dia tidak pernah gagal buat aku ketawa terus.
Walau dalam keadaan marah sekalipun.
Rajuk aku tidak pernah lama.
Keletahnya lebih hebat menang di hati ini.
Tiada tangis pernah di termeteraikan untuknya.
Marah aku cuma geram kadang kala yang menyakitkan hati.
Tapi ia semua gurauan semata.
Bahkan aku turut terikut sama,
Ada sahaja katanya yang ingin ku bidas.
Bukan menolak,
Tapi sekadar gurauan yang menjadi jenaka spontan.
Terima kasih wahai sehati,
Menjadi peneman setiap malam.
Agar aku terlena dengan ketawa.
Esoknya aku bangkit dengan senyuman masih tidak lekang di bibir. :')