Pages

Lemah

Egonya aku menghukum hati.
Sombongnya aku menghukum diri.
Apa salah hati hingga perlu rindu begini.
Apa salah jiwa hingga mencintai sebegini.

Allah Allah Allah.
Sesungguhnya hati aku rapuh.
Rapuh tanpa dia.

Salah apa aku hingga kau tidak tutupkan langsung hati aku padanya.
Allah kabulkan permintaan aku.
Sesungguhny aku ingin dia bahagia.
Lupkan aku padanya.
Kuat kan aku Allah.
Tutuplah hati antara kami.
Tutuplah takdir kami ya Allah.
Jauhkan hati kami Allah.
Buta kan kami dengan perkara silam
Gelapkan kami antara satu sama lain.
Putuskan kami kerana mu Ya Allah.

Jahilnya aku jika takdirku bersamanya aku tolak.
Tapi aku lemah ya rabb.
Lemah di tingalkan ia.
Jadikan aku wanita tabah.
Tabah mengharungi ujian mu ya rabbi yassir.

Kau lembutkan hati asyraf ya Allah.
Agar dia mampu melupakan aku.
Kau turunkan ego dia ya rabb.
Agar dia mampu mencari wanita solehah beda aku.
Kau lapangkan hatinya Allah.
Agar terbuka menerima cinta lain darimu.
Kau tajamkan ingatanya.
Agar dia mampu mengingati wanita lain bukan aku.

Allah meski malam aku selalu mengalir air mata kecewa dan rindu.
Kau jadikan air mata ini kegembiraan untuk nya.
Untuk dia bahagia ya Allah.
Meski hidup aku berada dalam kemurungan.
Kau ciptakan hidupnya paling bahagia ya Allah.
Siapa aku mendoakan yang tidak baik utk org yg aku syg.
Siapa aku utk melihat penderitaanya atas apa yg kami lalui bersama.
Allah maka kau jadikan hidup dia bahagia walau aku yg perlu menangung derita.

Kerana dia lelaki hebat.
Hebat menjadi umat Rasulullah.
Soleh menjadi hambamu.
Dia mampu menjaga islam.
Allah kuatkan aku.
La Tahzan.
Padamkan air mata ku ya rabb.

Followers