Pages

Dear "ex"

Bismillah,

Hai, Assalamualaikum. Hopefully kamu yang membaca ni berada dalam keadaan sihat dan selamat serta gembira dengan apa adanya. Sejak akhir akhir ini lola senang sangat rasa down. But a SMILE are the BEST way to cured it.  tapi nampak sangat kita hipokrit dengan diri kita. why kan kita mesti sakit kan diri kita. Untuk apa? Tapi to la orang cakap cinta itu buta, kita yang celik tak buta ni pun boleh buta dengan orang yang kita sayang. ehh tapi actually kita bukan nak cakap yang ex kita membutakan kita. not really. Dalam kebutaan kita, dia mengajar kita erti hidup yang sebenar. Dia ajar kita untuk dan bagaimana bersabar. cara dan bagaimana menerima ini semua takdir dan kehendak Allah. kita sedar kita diuji dengan bengitu perit, tetapi jangan kita lupa Allah menguji pada hambanya yang benar benar layak sahaja. Kita wake up, kita move on dengan kawan kawan sekeliling. Mereka memberi semangat tidak henti henti. Sentiasa memberi dorongan dan cadangan. Bahkan sanggup menjadi teman di kala diri sedang kepiluaan dan kelu tidak bermaya. Ada yang kata untuk apa menunggu sedangkan itu menyakiti mu, sedangkan ini merugikan mu. tapi mereka tak faham, kenapa dan sebab apa. cuma ada dikalangan mereka yang benar faham mengapa. Kerana yakin Jodoh itu ada, kerana yakin Allah sudah temukan segalanya, kita sabar menunggu. Tetapi tidak pasti sampai bila. Ku juga manusia yang punya hati, ku juga insan yang lemah ingin disayangi. Tapi ku kuatkan semangat demi mu, untuk setia menanti. Jika kita di takdirkan jodoh, ia kita mungkin bersama. Tapi jika tidak ku rela undur diri dan pergi membawa kenangan mu pergi bersama ku.

Dalam keadaan macam ini, memang kita akan rasa mudah disayangi dengan orang orang di sekeliling, sampai kita tidak tahu beza perasaan benar. tetapi ku teguh, terus berada di sisi Allah yakin dan bermohon agar Allah tetap kan perasaan ku hingga ke syurga. Jika ku tidak dapat bersamanya di dunia, setidaknya ku menantinya di syurga. Bukan ku pinta segala ini, tetapi ini lah suratan yang telah di tulis ilahi. Sesugguhnya hanya Al-amin yang mengetahui di hati ini.

Aku bangkit ke hadapan. Pagi ku di isi dengan menatap gambar kenangan. tetapi itu tidak melemahkan aku. aku berjuang kerana mu. Meski pun kini kamu milik orang. Ku redha asalkan kau bahagia bersama pilihan hatimu. Asal kan masih ada senyuman indah di wajah mu. selagi dia mampu membuat mu tertawa aku cukup bahagia. Tetapi aku tidak sanggup memperlihatkan kau menangisi kerana dia. Kerana kau terbaik yang pernah ku lihat. Sesungguhnya aku tahu menjadi lemah kerana tidak dapat mempertahankan kamu. Tetapi ku pasrah, jika itu ujian buat mu. Ku hanya mampu berdoa agar kamu terus tabah menghadapi dugaan mu. Ku mendoakan mu di dalam setiap solatku. Agar kamu bahagia bersama insan tersayang. 

   Ikhlas mencintaimu -Lola-

Followers