Pages

Maafkanlah cintaku begitu, tak terdaya tanpa mu, menjaga cintamu.

Awak, untuk apa semua ini? saya semakin tidak faham dan tidak mengerti awak. untuk apa semua ini. untuk apa hadir saat saya sudah bangun ke hadapan dan boleh menerima semuanya. memberi harapan seakan ia mungkin tidak akan terjadi lagi. untuk apa awak? air mata saya sudah tidak mampu lagi untuk mengalir untuk kali ini awak. Hati saya yang merintih menangguh semua ini. 
saya tidak tahu bagaimana, cara mana, sedemikian mana untuk awak mengerti kenapa dan fahami apa yang saya cuba sampaikan. saya pasrah sesungguhnya awak, jika awak bukan milik saya.. tapi jangan lah pula awak memberi harapan kepada saya. biarkan saya terus maju dengan diri saya. biarlah saya ukir senyuman dengan hari mendatang saya. jangan lah awak matikan senyuman di bibir saya kerana harapan yang awak beri. Bukan saya yang ego sebenarnya. tetapi hakikatnya awak yang ego.awak menghukum saya secara diam tanpa awak sedar. Awak jangan la menghukum hati jika ini kesalahan saya. Biarlah saya pergi membawa diri. Datanglah kepada saya bila benar mahukan saya. sesungguhnya saya sentiasa mennanti awak dan mencintai awak. 
Saya bahagia jika awak bahagia bersama dia. saya gembira jika masih ada senyuman terukir di bibir awak. saya tdak gagah untuk lihat awak tanpa senyuman. saya tidak gagah untuk lihat awak dengan air mata. Teruskanlah hubungan awak, sesungguhnya saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat awak. Jangan terlalu memikirkan saya. Kerana saya wanita yang kuat, bisa mengukir senyuman tatkala hati menangis pilu tidak siapa yang tahu. Usah pikirkan saya dengan siapa saya berkawan sesungguhnya di samping saya berdiri seorang wanita yang gagah sentiasa menemani saya. berdiri seorang lelaki yang sentiasa menghiburkan saya. Para sahabat yang lain yang sentiasa memberi dorongan. 
Tidak perlu saya tunjukan kepada awak sesedih mana hati saya, seperit mana saya bersabar dan terus bertahan untuk awak. cukuplah awak tahu saya masih bisa bertatih demi awak untuk terus hidup. Saya mungkin lemah, tetapi saya gagahkan diri demi awak. Awak mungkin boleh berfikir saya itu dan ini, tapi awak tidak mampu berfikir sejauh mana keperitan yang saya alami, sebab awak bukan di sisi saya.. maaf kata, pergi saya bukan untuk selamanya, tetapi untuk tidak menganggu awak. untuk melihat awak bahagia. 
tidak bermakna saya menderita awak tidak boleh bahagia. bahagia lah awak dengan kehidupan awak sekarang.itu juga turut membahagiakan saya.
ikhlas buatmu -lola-

Followers