Pages

Arjuna Beta

Hati,
kenapa engkau membina rindu,
tatkala bibir sedang menguntum senyum,
kenapa kau cemburu pada ukiran di bibir,
andai wajah hatimu duka merindui.

Kemana hilangnya arjuna hati,
Kemana perginya si penglipur lara.
Siapa dia kekasih hati,
rindu yang kau tautkan seketika ada.

arjuna beta,
hilang mu entah mengapa,
khabar mu tiada berita.

Aku rindu kata kata bongkak mu,
aku rindu usikan kasar mu,
aku rindu nasihat nasihat mu,
aku rindu bimbingan mu.

andai aku tahu sekarang mengapa kau menghilang,
mungkin aku tidak merinduimu.
aku yakin sang arjuna,
kau lakukan bersebab.
Aku yakin juga arjuna,
kau sedang merancanakan kegembiraan untuk ku.

wahai sang arjuna,
terima kasih untuk selama ini,
sedikit pun tidak pernah kau tingalkan aku seorangan,
sedikit juga kau mengalirkan airmata ku,
hanya air jernih atas kesyukuran mengenalimu.

Sang arjuna,
andai  memang kita di takdirkan untuk bersama,
aku harap itu takdir Allah.
kerana Arjuna,
kau beta di hatiku.

Followers