Pages

Happy Eid Mubarak 2014

Happy Eid Mubarak from top to toe..
Syawal ke lima baru ada kesempatan nak update blog yang dah sekian lama berhabuk habuk fuhh fuhh..

Alhamdulillah praise to Allah for the great Syawal this year at Kampung Baru Seberang Jaya Penang.
With small family gathering and the only person that must had was grany!! but not in picture was priceless moment that i had..

cehh! acah speaking... raya tahun rasa simple and smooth, and Alhamdulillah lagi sekali dapat bagi duit raya dekat adik adik sepupu. Nak ada anak anak buah yang ramai jauh sekali lambat entah bila. HAHAH.

Actually the most importand rasa untuk aku was my nenek.. no matter how far nenek la orang yang paling penting kena ada time aku raya.. raya haji raya aidilfitri mesti ada.. kalau aku tak dapat balik penang. aku bawak balik nenek datang johor. itu aku ye. ye itu aku..

sebab nya mengapa dulu masa arwah atuk dan arwah nenek singapore masih ada, kitaorg selalu raya singapore, balik penang jarang jarang, susah lah kiranya 5 tahun sekali macam tu. sekarang bila arwah dah tak ada ni la masa aku rasa untuk family aku balas balik masa yang da lama kami jarang balik dulu. Stay positif, bukan tak nak balik selang seli raya, tapi sebab keadaan kewangan and family matter distance and segalanya la.. Sekarang rezeki melimpah ruah Alhamdulillah ada ke tak ada jalan nak balik akan tetap diusahakan untuk balik.

dan dan arwah atuk sebelah ayah. perhaps of family problem aku tak pernah jumpa arwah atuk aku side ayah sehinggalah dia meninggal itu first and last aku jumpa. sedih ya sangat sedih, tapi aku tak salahkan sesiapa pun. mungkin bukan rezeki aku untuk rasa nikmat dan kasih atuk dari sebelah bapa. Alhamdulillah rezeki aku adik beradik ada untuk lihat arwah buat kali terakhir. yess dalam banyak banyak cucu adik beradik aku je yang tak pernah tengok langsung tak pernah. sehingga bila terima berita kematian time tula aku usaha sendiri nak pergi tengok dan memang mula mula lihat jenazah rasa sangat janggal, tapi kerana darah yang mengalir dalam badan aku ini masih ada darah atuk aku sedikit, rasa tenang dan nyaman itu wujud secara tiba tiba.

ye!! sekarang yang ada cuma nenek, tambah tambah sedih bila nak balik haritu tiba tiba nenek kumpul anak beranak cakap pasal wasiat. wasiat menyegerakan kebumiannya jika dia pergi buat selamanya. memang rasa shock fpr suddenly wish by nenek. siapa sempat jumpa jumpa, siapa tak sempat nenek tak bagi tunggu. know what!! its really hurt. Aku JB kot, nenek penang.. 8 jam the journey incase berlaku apa apa, and tak boleh tunggu. dan aku mula berdoa biarlah saat pemergiaanya aku di sisi nya..  Cukup lah aku hilang orang orang yang memberi aku semangat, tidak untuk masa terdekat ini. bukan di Ya Allah.
Sesungguhnya aku tahu kematian itu rahsiamu Ya Allah, tapi kau ambilah saat hati aku tabah dan tidak rapuh bila pemergiaanya..

Aku harap masih ada lagi syawal dan ramadhan untuk di rai bersama akan datang. Aminn

Followers