Pages

RACUN MANUSIA

Untuk dunia tanpa sempadan buat manusia, entah bila akan di berjumpa ilahi, di jemput kesana kedunia fana kekal selamanya. Bila tiba masa aku? bila pula tiba mereka yang ku sayang?

Entah kenapa harini aku melihat cerita cerita barat ya tentang si serigala jadian, tentang si pontianak mencintai manusia yang bahawa aku tahu cerita itu rekaan semata mata. Tahyul semua itu, mana mungkin manusia bercinta dengan syaitan. Tapi sekarang dunia manusia lebih ramai berbomohkan syaitan menjadi pujaan.
Tapi sebaliknya bagi barat. Ya Cinta itu racun Manusia.

Cinta Allah itu kekal, tapi kenapa langsung tidak ramai yang meratapi tangis akan kehilangan cinta Allah, meninggalkan cinta yang satu tanpa rasa sedikit gusar sedih rindu, malah ada yang lansung melupakan terus.

Sebak jauh di dalam hati, Cinta bersama manusia yang menjadi racun manusia sendiri. Hilangnya Cinta manusia mampu membuat rindu yang bertaut hingga ke mimpi, Cinta itu juga bisa buat cemburu api kemarahan sehingga tidak mampu bertahan menjadi jenayah. Ditingalkan meninggalkan juga sering kerana cinta, tapi tetap menangih cinta.

Allah langsung tidak pernah meninggalkan cintanya iaitu kita, tapi kita kita sering meninggalkan cinta yang satu iaitu Allah. Allah jahilnya diriku, kerdilnya diri aku saat aku menekan papan papan kekunci huruf ini, Aku sedang bercerita tentang mu, sedang cuma menyelami diri aku sendiri sejauh mana akan cinta ku terhadap mu.

Jahilnya Aku ya sungguh jahil, acap kali meninggalkan mu tanpa rasa segan, tanpa rasa silu, sering juga aku yang menjauh dari mu kerana hawa nafsu ku sendiri, kerana aku yakin kau tidak tinggalkan aku, tapi sering juga aku berdusta terhadap mu. Kadang aku terlalu berduka dengan cerita hidup aku yang telah kau tentukan, tapi sering juga ku pujuk hati bahawa cinta ku sedang merindui ku iaitu kau.

Allah selagi aku tidak mencintaimu sepenuhnya, selagi aku tidak meletakan hati ku pada mu, jangan lah kau temukan aku dengan cinta manusia. jangan sedikit pun kau dekat kan aku dengan jodoh ku, kerana aku tidak mahu cinta aku berlandaskan manusia. Aku hanya ingin cinta ku berlandaskan kau ya rabb.

Bukan aku riak bongkak meminta jauh dari jodoh, tapi aku yakin kau telah beri aku jalan satu ketika dahulu mencintai manusia bukan kerana mu. Aku juga telah belajar mengenai cerita lepasku. Jadi aku tidak mahu berulang langsung tidak ingin melakukan sekali lagi.

Ya aku rasa sekarang kau sedang merancanakan yang telah kau rencana kan, aku yakin dia yang kau susun sepanjang hidup aku itu bakal menjadi miliku. Jadi kau tetapkan hati kami, tetap kan jiwa kami kerana mu. Bukan aku tidak mahu berdoa untuk kami dalam sujudku, tapi aku yakin kau sebaik baik rencana. Namun apa yang terdetik di hati aku yakin aku juga mengerti.

Interaksi laman ini benar ku cuba sampaikan dari hati kepada mu, Aku tahu kau memahami. Kami Kami Kami kau akhiri bila kau rencanakan yang terbaik untuk Kami.

-------------------------------------------hati-----------------------------------------------------------

Argh!! lucu, sedih, sayu, ingin tahu siapa itu aku, siapa itu kami. Sesungguhnya apa yang tercoret di atas hanya dari sanubari hati aku. berhentilah berfikir apa yang terjadi, kerana aku terlalu banyak menyimpan di hati, sehingga kadang apa yang cuba ku cerita sangat sukar di mengerti. Sekian..

Followers