Pages

Rahsia Dari Ilahi.

Siapa Tuhan aku? Allah.
Siapa Rasul aku? Nami Muhammad s.a.w

Aku percaya saat ketika ini denyutan jantung ku, yang di pap lagu menyedut oksigen sekitar, mengepam paru paru ku agar mengalir oksigen di setiap darah ku, menyalurkannya ke setiap genap tubuhku ini kehendak Allah.

Aku percaya sepenuhnya atas apa yang jadi kepada ku 100% itu aturan Allah.
Maka aku mungkin wanita yang sangat percaya kepada Allah,
tapi aku masih lemah menjadi alpa dan leka dalam melaksanakan tugasku kepada Allah.

Mungkin apa yang di bicara oleh Manusia ada benarnya.
Siapa kita hari ini adalah siapa kita di masa lalu, dan di masa sekarang.
Kita yang mengubah membentuk dan mewarna hidup kita.
Tapi adakah kita mintak segala ini?
Tidak melain kehendak Allah.

Tapi kenapa kita sering merasa apa yang di  ikut hati itu naluri benar,
kenapa kita tetap merasa keputusan kita ada lah benar jika menjadi kebaikan dan seperti berkehendak,
tetapi jika menjadi salah dan tidak berkehendak juga kita merasa salah dalam diri sendiri?
bukan kah itu kehendak Allah?
bukankah itu jalan yang sudah jelas Allah memang aturkan untuk kita.
kita tidak tahu jalan itu salah, tapi Allah terlebih dahulu tahu.
Allah menjadikan sekalian hambanya.
Bagi aku, aku merasa Syukur, Takjub dengan Tuhan ku Allah.
Allah merancanakan A dan sebalik A adalah B dan C,
dan jika kita memilih B kita mungkin berjumpa D,
jika kita memilih C kita mungkin berjumpa E dan F,
setiap satu itu yang jadi pasti Allah ketahui,
namun kita tidak,
tidak sama sekali mengerti apa terjadi.

Kehidupan aku bagi ku di angap rahsia.
Rahsia dari Ilahi Allah Tuhan aku.
Aku mengangap segala apa yang terjadi itu rahsia Allah,
atas kehendaknya aku mengetahui sedikit demi sedikit rahsia yang ingin Allah tunjuk kepada aku.

Aku belajar dalam pendidikan Diploma, itu rahsia peluang aku dapat melanjutkan pelajaran,
tapi aku sukar mendapat pekerjaan yang sesuai dengan diriku,
keranan itu satu lagi rahsia yang Allah belum lagi cerita padaku,
tapi aku mula belajar dalam bidang perniagaan,
itu Rahsia yang Allah beri dan aku tidak pernah tahu.
dan rahsia yang aku belajar dari sebalik rahsia,
REZEKI

Dalam perniagaan aku mengenal Rahsia Allah yang paling menakjubkan setakat kehidupan aku,
Aku mengetahui kadang kala saban minggu dan bulan rezeki aku dari segi kewangan di satu pun masuk,
tapi saat aku betul buntuh akan keperluan, tiba tiba rezeki itu datang selambak.
ohh itu Rahsia Allah.
Allah melindungi aku dari pembaziran,
Allah memberi aku apa yang aku perlu.

itu rahsia yang luar biasa.

Jadi untuk apa aku ragu pada Tuhan ku Allah,
Sedang aku aku dia lebih mengenal aku.
Jadi usah khuatir rakan ku dan juga aku,
Rahsia kita hanya Tuhan yang satu Allah..

Followers