Pages

move on

heart beats fast,
colour and promises,
how to be brave,
how to i love when im afraid.

I step closer, love you for a thousand years,
bait bait lirik yang kerap aku ulang di hati,
bahkan di minda.

move on,
move on,
move on,
the words that i always fear of.

perkataan yang sangat mudah untuk di sebut,
tapi amat sukar untuk melaluinya,
aku tahu,
ye aku tahu, masa tidak mungkin boleh patah balik,
aku tahu juga masa hadapan sedang menunggu aku,
tapi kenapa diri ini acap kali gagal untuk melepaskan yang silam dan maju untuk kehadapan?
siapa engkau untuk mengagalkan masa hadapan aku,
dan siapa aku untuk takut ke masa hadapan.

terima kasih untuk mereka mereka yang jatuh kan aku,
terima kasih juga untuk mereka yang tidak putus putus cuba membangkitkan aku,
tapi terima kasih kepada diri kerana gagal untuk bangkit ke hadapan,
tapi tidak berpatah balik untuk jatuh.
ohh itu semua tipu.
aku cuma cuba melegakan hati sendiri.

andai aku punya hati yang sangat hitam,
aku ingin tingalkan semua dan tidak menjadi sekarang.
aku ingin menjadi seorang yang bengis,
langsung tidak memaafkan,
langsung tidak menjadi teman.

Andai aku sebegitu,
mungkin aku telah lama move on,
mungkin aku hidup dalam dendam,
mungkin aku hidup dalam kebenciaan yang teramat.

wahai lelaki?
mengapa kau yang di hantar tuhan untuk menguji aku,
wahai tuhan tidak terlalu cepatkah kau menguji ku dengan kuasa cinta manusia?

aku masih cuba menjadi aku,
masih cuba perbaiki diri,
masih cuba untuk menyebut aku agar aku tidak menjadi liar.

hari demi hari,
aku pujuk hati untuk wujud perasaan,
perasaan benci pada sang manusia,
satu persatu si adam cuba ku hindar,
satu persatu cara kua atur agar pertelingkahan menjadi pemisah.

aku semakin takut dengan kehidupan aku sendiri,
aku tahut dengan kau wahai lelaki,
aku menjadi takut lelaki di dunia ini hanya untuk mempermainkan perasaan wanita,
bukan untuk menjaga atau melindungi,

wahai kekasih hati,
ketahuilah aku belum mampu melupakan kau dan mengantikan hati ku,
percayalah aku masih menunggu kau walau hati berasa sedu,
tapi aku percaya satu masa kenangan kita akan lalu,
dan itu istilah move on berlaku,
kau terus dengan kau,
dan aku terus dengan aku,
masa itu aku masih berharap,
kau dan aku masih mencari jalan untuk bersama,
jika itu takdirnya tuhan.

saat ini aku sedang mencekalkan diri,
untuk pergi jauh dari kau untuk selamanya,
saat ini aku juga mendoakan kau agar kita mampu,
mampu melupakan antara kita untuk selamanya.

aku selalu berharap kau bukan manusia yang wujud dalam hidupku,
tapi aku juga mengharap kau manusia yang akan wujud masa hadapan ku.

mungkin sekarang aku telah putus asa
aku putus asa dengan semua yang aku kenal.
aku harap kau baik baik sahaja,
aku harap kau berada dalam gembira,
aku harap kau ceria tanpa ketiadaan ku,
aku harap kau jaga diri kau selalu,
aku harap kau sentiasa di lindungi tuhan,
aku harap kau sihat sihat sentiasa,
aku harap kau sentiasa di samping keluarga kau,
aku harap kau jumpa masa hadapan kau,
aku harap kau berjaya untuk semuanya,
dan aku harap,
kita mampu laluinya.


Followers