Hi, Happy New Year,
but not really new.
but for me its a year.
really a year i'm goes through everything.
Alhamdulillah, i still can move on along.
memang genap setahun,
cukup setahun untuk aku lalu semua yang di atur Allah pada mulanya sangat sulit.
Tapi Alhamdulillah hari ini aku masih mampu membina senyuman hipokrit atas apa yang aku lalui.
Rasa macam nak berkali kali mengucap syukur,
kerana nikmat syukur sangat sangat dengan apa yang telah terjadi pada diri.
betul kata punjangka,
ukur baju di madan sendiri,
mana boleh enggang terbang bersama pipit,
bagai langit dan bumi,
macam macam perumpamaan, bidalan, kosa kata, peribahasa yang ingin di beri.
dan itu lumrah kehidupan.
Allah itu adil rancangannya,
langsung tidak pernah memberi aku rasa bahagia berpanjangan,
tapi aku yakin suatu hari kebahgiaan itu akan muncul bila tiba masanya yang Allah lebih mengetahui.
Aku tidak mahu berasa bahagia sekarang,
walaupun kadang kala rasa hati ingin sanggat,
tapi aku tak nak jadi manusia yang sering alpa bila kebahgiaan berada dalam diri.
bagi aku cukuplah dengan keadaan diri sekarang,
sentiasa dalam ujian Allah,
sentiasa mendapat dugaan Allah,
sentiasa menjadi perhatian Allah.
Aku tahu makin kerap di uji,
makin kerap Allah rindukan aku,
jadi aku tak perlu khalifahnya yang lain untuk rindu aku,
sedangkan aku belum puas di rindui oleh sang penciptaku,
Dunia memang tak adil,
tapi aku tahu Allah maha Adil
Aku percaya ada sebab mengapa begini,
dan mengapa begitu.
Tahu kekasih lama,
walaupun setahun berlalu,
Allah tu adil.
Allah jadikan aku hati yang kuat,
pada mulanya sukar,
pada mulanya hancur,
tapi Allah tiupkan semangat hati,
untuk aku bangkit dari ujian,
aku percaya apa yang kau pernah pesan,
kalau yakin,
sabarlah.
dan aku tahu kini sabar itu membuahkan hasil.
aku juga seperti manusia lain,
punya hati,
punya amarah,
punya dendam,
sakitnya tiada siapa tahu,
hati aku ya sudah hancur,
amarah aku tiada terkawal lagi,
sehingga munculnya dendam,
dendam aku bukan dendam yang ingin kau kena setimpal,
tapi dendam aku,
sampai mati kau tak kan dapat cari seperti aku,
walaupun satu hari aku tahu kau akan dapat yang lebih baik dari aku,
aku doakan supaya semua kehidupan menjadi indah tidak seperti aku.
tapi terima kasih untuk semua detik masa lalu,
sebab sehingga kini,
aku tahu lelaki semua tidak boleh di percayai,
sikit pun tidak pernah ada lagi yang mampu buka hati aku.
betul cakap kau suatu dahulu,
aku terlalu ego,
sepatutnya dulu lagi ego aku hanya pada kau,
jadi kau tahu aku bukan semurah yang kau boleh kutip bila kau mahu,
kau boleh buang bila tidak perlu.
langsung tidak dalam penulisan ini aku menyalahkan kau,
tapi andai jika engkau baca,
aku nak kau rasa dan fahami,
hati ini tidak boleh di ganti ganti,
aku nak kau faham, sedalam mana kau jatuh cinta pada manusia lain,
jangan pernahh melakukan kesilapan yang sama.
Allah!
aku mengeluh panjang setiap kali menyebut nama kau,
tapi aku tahu Allah beri aku masa yang lama untuk pulih segalanya.
Asyraf,
kita berpisah dengan cara yang tidak baik,
kita berpisah dengan marah dan ego di hati,
mungkin tidak kau, tapi aku.
sesungguhnya aku memang telah lama maafkan kau,
tapi orang kata luka yang bernanah,
walaupun telah pulih tetap berparut,
parut dalam hati,
kalau pakai bio oil ke, gamat ke, alovera go shop ke,
tetap tak akan hilang.
tapi aku tahu,
kalau kita da maafkan seseorang,
kita boleh terima seseorang itu siapa pun diri dia.
dan hari ini,
aku sedar,
marah aku tidak dapat menguntungkan apa apa,
parut aku tu cuma parut yang orang lain nampak,
tapi orang tak rasa sakit.
jadi mulai detik ini,
aku da lama maafkan kau,
dan aku angap kau kawan,
yang pernah buat aku gembira suatu masa dahulu.
terima kasih.